Friday, February 24, 2017

Jom Daftar dengan UPWORK

Anda mungkin seorang penganggur atau sedang belajar yang mahu mencari pendapatan sampingan bukan? join MLM? Tak payah!!! sebab anda akan abis duit dengan banyak sebelum anda dapat keuntungan. Kes paling teruk dan sentiasa terjadi dengan MLM ni adalah, mereka tak dapat keuntungan langsung. Bahkan ramai kena tipu. Lagi satu, harapnya kita jangan jadi penunggang agama. Tu je nak cakap.

Ada baiknya korang gunakan platform yang ada seperti kerja digital. Apa itu kerja secara digital? Ianya adalah, anda berkerja di rumah di Malaysia ini, tapi anda di bayar gunakan currency luar seperti USD, GBP, Euro dan sebagainya. Client anda pula datang dari luar negara.

Jadi, orang tengahnya adalah suatu platform yang dibina atas talian. Platform ini di panggil sebagai CROWD SOURCING. Ianya ibarat, tender kerajaan, di letakkan di dalam facebook dan semua orang di dalam facebook tersebut akan bid tender kerajaan tersebut. Siapa paling banyak like atau yang di pilih oleh kerajaan dalam post tersebut akan memenangi tender tersebut. Itulah contoh kepada crowd sourcing ni.

Jadi, antara platform crowd sourcing yang telah di sahkan dan menjadi kegilaan ramai adalah UPWORK. Ianya based di America dan menjadi tempat mencari kerja secara digital dari secata dunia. Jika anda seorang designer, translator atau data entry, anda mungkin boleh cuba dapatkan client dari luar negara dan mula menjana pendapatan sampingan dengan USD ini.

Untuk mendaftar, sila lihat video ini:

Walaupun setiap platform crowd sourcing punyai pro and con nya, tapi jangan bimbang kerana saya sendiri sudah mencubanya. Dalam masa 3 bulan, dengan 4 job dari client luar negara mengunakan platform upwork, saya dapat 'gaji' sebanyak usd100 ke atas.

Cara pembayarannya adalah melalui paypal (jika anda telah ada paypal), atau bayaran terus ke bank lokal dengan mengisi swift code bank dan akaun anda. Anda akan di kenakan fee sebanyak 0.99 sen usd dan bayaran itu akan di pindahkan ke akuan bank anda dalam masa 2-3 hari berkerja. Sungguh mudah bukan? Silalah daftar segera dan mulakan pekerjaan anda sebagai pekerja digital dari Malaysia.




No comments:

Post a Comment